Sedikit Perkongsian. #Part 1

Assalammualaikum..
See entry post ni? "Sedikit Perkongsian" kan? Okay, straight to the point lah senang. Beberapa hari lepas aku pinjam satu buku dari seorang kawan aku, buku tu berjudul "Anda Bertanya USTAZ AZHAR IDRUS Menjawab Berkenaan Permasalahan SEMASA" Bukan aku sengaja nak caps lock tapi memang dekat buku spell macam tu ya. Bagi pendapat aku, buku tu memang sangat interesting! Segala ilmu pengetahuan yang terkandung sangat padat and ringkas! Memang betul-betul menarik minat aku lah.
As awesome as Ustaz Azhar Idrus sendiri! :) Back to niat asal aku, nak berkongsi. Nak berkongsi apa? Aku nak share sedikit ilmu yang terkandung, bagi aku perkara yang agak confusing for a few people. Nak tau kena lah terus membaca.

Section Solat;

Soalan: Membaca Doa Qunut?

Jawapan: Membaca qunut dalam solat subuh hukumnya sunat sahaja dalam mazhab Syafii. Jika tidak    dibaca, tidak membatalkan solat cuma tidak mendapat pahala membaca qunut. Sesiapa yang tertinggal membaca qunut, sunat melakukan sujud sahwi 2 kali sebelum memberi salam. Jika sengaja meninggalkan baca qunut dalam solat subuh, solatnya tetap sah dan tidak berdosa.

Section Nikah;

Soalan: Couple (Berpasangan)?

Jawapan: Hukum berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram menurut ijimak ulama. Perbuatan ini juga haram kepada mereka yang sudah bertunang kerana hadis Rasulullah yang direkodkan Bukhari bermaksud :

"Jangan berdua-duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani oleh mahramnya."

Dalam hadis direkodkan Muslim :

"Tiada harus masuk seseorang lelaki ke tempat perempuan melainkan ada serta perempuan itu mahramnya."

Jelas daripada dalil-dalil ini, berpasangan tanpa nikah itu adalah haram dalam Islam. Couple adalah budaya Yahudi dan Nasrani, mula diterima oleh orang Islam yang jahil dengan hukum-hukum agama.

Zina mata bermaksud melihat perkara-perkara yang haram disisi syarak seperti melihat lelaki akan perempuan yang bukan mahramnya seperti pasangan-pasangan yang sedang bercinta sekarang ini.

(Rujukan Kitab Syarah Asqollani'ala al-bukhori, Syarah Muslim)




Sekadar Dialog.

"Hye"

     "Assalammualaikum. Hai"

"Waalaikumsalam.."

     "Ada apa?"

"Macam mana dengan masalah awak hari tu? Dah okay ke?"

     "Hmm, Alhamdulillah dah settle."

"Ohh, awak dok buat apa tu?"

     "Dengar lagu."

"Lagu apa awak?"

     "Tanda Tanya."

"Ohh, dah makan belum?"

     "Tak makan pun. Awak?"

"Dah. Nape tak makan awak?"

     "Ohh, saja. Malas nak makan, tak larat."

"Diet laa tu."

     "Taklah."

"Yalah tu, tak ngaku pulak."

     "Betol laa, tak tipu pun."

"Haha."

     "Gelak kat orang pulak!"

"Tak boleh ke nak gelak kat orang tu?"

     "Kalau macam tu boleh buat awak happy, gelak lah."

"Awak happy tak?"

     "Saya? Kenapa awak tanya?"

"Saja lah.. Happy tak?"

     "Saya happy atau tak, ia penting ke bagi awak?"

"Tak."

     "Takpa lah kalau macam tu."

"Nape takpa pulak?"

     "Dah awak kata saya happy atau tidak tak penting pun bagi awak, kan? Takpa lah kalau tak penting."

"Awak happy tak? Penting bagi saya. Saya kan kawan awak."

    "Tadi kata tak penting pun?"

"Penting lah.. Awak kan kawan saya."

     "Penting? Haa, awak suka saya lah tu? Haha."

"Suka lah.."

     "Serius ke?"

"Serius lah awak.."

     "Sebab apa?"

"Sebab awak baik."

     "Saya? Baik? Haha, mana awak tau ni? Awak tilik saya ya?"

"Ehh, taklah.. Saya tengok awak macam baik je.. Sebab tu lah saya kata awak baik. Nape? Tak boleh ke?"

     "Ohh. Awak, awak.. Baru tengok saya dah kata saya baik. Tengok dari rupa, luaran orang bukan boleh    pakai sangat. Tau? Jangan nilai orang macam tu lagi ya?"

"Okay. Awak.."

     "Ya?"

"Macam mana saya nak tengok samada orang tu baik atau tak?"

     "Baik atau tak seseorang tu tak boleh dilihat, tapi perlu dinilai."

"Ohh, tu yang saya suka awak tu.."

     "Hah? Kenapa pulak?"

"Adalah.. Rahsia. Haha."

     "Ohh, berahsia ya? Pandai jugak lelaki berahsia kan?"

"Yalah sayang oii.."

     "Apa dia?"

"Tak ada apa.."

     "Hmm, awak.. Nak cakap sikit ni.."

"Cakap lah."

     "Maaf lah saya cakap ni, tapi sayang saya cuma untuk lelaki yang bergelar suami. Awak jangan panggil saya macam tu ya? Saya tak selesa. Sorry."

"Okay. Awak.."

     "Hmm?"

"Awak jangan risau, saya tak akan panggil awak sayang dah."

     "Ya awak, terima kasih faham."

"Awak dah makan belum?"

     "Tak makan pun lah."

"Nape tak makan lagi?"

     "Saya malas nak makan, lagi pun tak elok makan lewat-lewat malam."

"Diet lah tu. Haha."

     "Awak suka kata saya diet kan? Tak pun lah. Mama saya kata nak diet buat apa. Saya kalau kurus ke, gemuk ke, bukan apa sangat pun. So tak perlu lah kot."

"Sesetengah orang tak tengok paras rupa, tengok pada hati. Kalau rupa elok pun tapi hati tak elok, tak mau jugak kan?"

     "Ya! Tu, pandai pun nilai orang.."

"Tu yang saya suka kat awak tu.."

     "Kalau saya tanya kenapa, mesti awak akan jawab rahsia lagi kan?"

"Mesti lah.."

     "Dah agak dah!"

"Hahah."

     "Gelak! Suka lah tu."

"Kalau nak suka kat awak, boleh tak?"

     "Itu bukan hak saya. Terpulang kat awak."

"Adakah awak terima kesukaan saya tu?"

     "Jujur saya cakap ni, saya harap hati saya cuma akan terbuka bila dah sampai masanya saya bertemu jodoh. Selagi belum, saya nak jaga hati saya untuk suami saya nanti."

"Haa, ni lah contoh wanita solehah."

     "Insyaallah."

"Hmm, bf awak sihat?"

     "Saya tak ada jawapan untuk soalan tu. Sorry."





"Mak, Ayah.. Saya Nak Kahwin..."

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan atau mengikuti lelaki di sana sini, lebih baik dia melihat isteri/lelakinya saja. Dapat pahala lagi.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri/suami yang dicari, tapi calon ibu/ayah kepada cucumu yang akan dicari.

"Mak ayah, saya nak kahwin.."
 Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. "Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin."

Soalan dia, jawapannya pelangi.

Aku:  Rindu laa.

Dia: Rindu sapa ney?

Aku: Kat someone.

Dia: Someone? Sapa?

Aku: Adalah, someone special.

Dia: Nak tau gak sapa someone yang special tu.

Aku: Perlu kaa?

Dia: Yalaa.

Aku: Nak tau pasal apa?

Dia: Nak tau apa yang dia buat sampai dia jadi special sangat.

Aku:  Apa yang dia buat? Macam-macam lah. Dari first start kenal, dia okay, orangnya biasa-biasa jaa. Simple laa. Then dah makin kenal, dia makin baik, understanding, open. Now dah couple, dapat rasakan yang dia tu sweet macam chocolate. Diperlukan macam bantal busuk, kasih sayangg dia selesa and suam panas macam selimut. Senyuman and gelak tawa dia, macam budak-budak! Comel, menyenangkan hati.  Kehadiran dan diri dia macam pelangi. Colourful. And yang paling penting, dia nya yang membuatkan rasa semua tu.

*skip.

Dia: Apa yang dimaksudkan ‘diri dia macam pelangi’?

Aku: Pelangi ada bila hari lepas hujan. Masa hujan, langit mendung and gelap. Kelihatan suram dan muram, berguruh dan kilat seakan marah, then menitiskan air macam menangis. Lalu bila semua reda, pelangi yang akan muncul. Memperagakan semua warna nya yang indah, yang menceriakan semula awan, yang mengkaburkan keresahan, yang menghilangkan duka dan kemarahan, yang mengindahkan semula hari, yang menarik dan menyenangkan hati. Itulah dia, si pelangi.

*skip.

Aku:  ‘Dia’ laa si pelangi tu!

*cut.

2nd August of 2012

Hi :)
Title, 2nd August of 2012. 2nd August? What with it? Actually tarikh tu besa saja. Kan? Cuma bagi aku lebih sikit dari biasa. Agak ajaib laa. Why? Sebab bila tiba jaa tarikh tuu, aku meningkat 'tua' -.-

Nak bagi tau laa kan betapa baik nya kawan-kawan aku, belum masuk pun lagi 2 August depa dah wish. Awal sungguh kan depa? Hee, serious aku tak expect depa akan ingat! So bila receive text-text wish tuu memang agak terharu laa! Ada jugak yang sanggup tunggu sampai pukul 12 tengah malam semata-mata nak wish birthday aku! Aww :)

Si dia? Si dia ingat jugak :) And dia wish on-call. He said, he's been thinking about what to wish for a whole day but he still out of idea >.<' Hee, susah-susah jaa dia fikir terok-terok! Aku dah kata tak wish pun takpa, dia ingat pun dah cukup :) Even so, dia tetap nak wish and he did a very little simple cute and sweet wish <3

Adik-adik and mama jugak tak ketinggalan wish :) Thank you mama! Thank you adik-adik! <3
Hee, Thank you so much you all for remember and the wish. I really appreciate it so much. Here my little simple thanks! LOTS.OF.LOVE <3