Assalammualaikum.
Okay, aku takmau ulas panjang-panjang sebab dah memang sah post ini PART 3. Kita sambung membaca lagi yaa.
Sedikit Perkongsian. #Part 2
- Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati dan menyanyangi keluarganya sendiri.
- Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suaminya.
- Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.
- Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.
- Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
- Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri perlu memohon keizinan suaminya untuk keluar rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.
- Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.
- Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.
- Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas atau tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
- Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.
- Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.
- Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.
- Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.
- Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suami , bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
- Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu sewaktu suami hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suami pulang.
Sedikit Perkongsian. #Part 1
Assalammualaikum..
See entry post ni? "Sedikit Perkongsian" kan? Okay, straight to the point lah senang. Beberapa hari lepas aku pinjam satu buku dari seorang kawan aku, buku tu berjudul "Anda Bertanya USTAZ AZHAR IDRUS Menjawab Berkenaan Permasalahan SEMASA" Bukan aku sengaja nak caps lock tapi memang dekat buku spell macam tu ya. Bagi pendapat aku, buku tu memang sangat interesting! Segala ilmu pengetahuan yang terkandung sangat padat and ringkas! Memang betul-betul menarik minat aku lah.
As awesome as Ustaz Azhar Idrus sendiri! :) Back to niat asal aku, nak berkongsi. Nak berkongsi apa? Aku nak share sedikit ilmu yang terkandung, bagi aku perkara yang agak confusing for a few people. Nak tau kena lah terus membaca.
Section Solat;
Sekadar Dialog.
"Mak, Ayah.. Saya Nak Kahwin..."
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan atau mengikuti lelaki di sana sini, lebih baik dia melihat isteri/lelakinya saja. Dapat pahala lagi.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri/suami yang dicari, tapi calon ibu/ayah kepada cucumu yang akan dicari.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. "Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin."




