Archive for 2013
Doa Cinta..
Ikhtilat (Percampuran/Pergaulan)
Assalamualaikum.
Post kali ni aku nak share about "ikhtilat" which means percampuran atau pergaulan. Aku ada main surat dengan ustazah aku, jangan fikir bukan-bukan ya? Aku malu nak tanya face-to-face, thats why aku tanya ustazah aku dalam surat. Aku tanya kat ustazah aku pasal pergaulan lelaki dan perempuan. And here, aku nak share apa yang ustazah aku jelaskan.
- Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram.
- Tegahan berkhalwat (berdua-duaan) antara wanita dengan lelaki ajnabi.
- Tidak wajib solat jemaah ke atas wanita.
- Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita.
- Tegahan wanita berjalan seiringan dengan lelaki.
- Pergaulan atas sebab darurat.
- Pergaulan untuk tujuan muamalah (perniagaan)
- Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman.
- Pergaulan menunaikan kesaksian.
- Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang.
- Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah.
- Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama.
- Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja.
- Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad.
- Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu.
- Menjaga aurat.
- Tidak tabarruj (berhias secara berlebih-lebih).
- Tidak mengangkat suara dengan tinggi (tidak bercakap kuat).
- Serius (tidak bermanja-manja atau melembut-lembutkan suara semasa bercakap).
- Menundukkan pandangan (bukan mata galak atau curi-curi pandang).
- Warak.
Dari Hati ke Hati..
Assalamualaikum.
Hari ni aku dapat satu note dari seseorang. Bagi aku sangat touching lah untuk dapat note yang tertulis kata-kata yang sangat bermakna. Kata-kata tu memang meresap dalam hati aku, membuatkan aku rasa bersyukur, bersemangat and lebih kuat untuk tempuh segala dugaan hidup. InsyaAllah lebih berfikiran matured dan dewasa. So here's aku nak share.
Sedikit Perkongsian. #The End
Assalamualaikum.
Entry kali ni "Sedikit Perkongsian. #The End". See, the end right? Maknanya dah habis lah sedikit perkongsian aku, "sedikit lah konon kan?" padahal sampai part 6! Haa, nak start mengarut dah lah ni.
Okaylah, enough. So here's officially tamat lah yaa perkongsian aku dari sebuah buku "Anda Bertanya USTAZ AZHAR IDRUS Menjawab Berkenaan Permasalahan SEMASA". Tak silap aku lah kan, buku ni yang part 1. Buku yang part 2 dah pun release, cuma aku saja yang belum baca. Tak ada rezeki lagi, nanti aku baca and Insyaallah boleh share lagi kan?
Sedikit Perkongsian. #Part 6
Assalamualaikkum.
Dah berapa hari dah ni aku tak update. Hari ni aku sambung lagi yaa dengan posting "Sedikit Perkongsian" #Part 6 pulak.
Section Isu Semasa;
Manakala perempuan ini tidak boleh memaksa lelaki tersebut berkahwin dengannya.
Apabila si lelaki enggan atau menangguhkan niat mengambilnya sebagai isteri, maka jelas dia ingin lari dari bertanggungjawab.
Tidak ada apa boleh dilakukan oleh perempuan tersebut selain bertaubat kepada Allah memohon diampunkan dosa dan memohon petunjuk. Berdoa dan mohon agar Allah membuka pintu hati lelaki tersebut agar timbul rasa bertanggungjawab dengan perbuatannya itu dan memohon Allah memudahkan urusan mereka berdua.
Soalan: Hukum Rotan?
Jawapan: Sarjana Islam menetapkan apabila memukul penzina yang dikenakan hudud 100 pukulan adalah dengan pemukul yang tidak membunuh seperti rotan atau kayu atau seumpamanya.
Rotan itu tidak besar sehingga boleh mematahkan tulang dan tidak halus sehingga boleh melukakan.
Haram memukul kawasan muka dan kemaluan. Ini adalah untuk mengelakkan kecacatan wajah dan kematian.
Pukulan perlu sederhana sahaja iaitu tidak kuat dan tidak terlalu perlahan. Tujuan hudud ini bukan untuk membunuh tetapi untuk memberi keinsafan kepada pesalah. Cara hukum rotan di penjara sekarang ini adalah haram kerana terlalu kuat sehingga mengoyakkan kulit dan daging.
Pesalah dikenakan hukuman dalam keadaan sempurna berpakaian. Haram menelanjangkan pesalah sebagaimana hukuman rotan dalam penjara sekarang ini.
Pesalah lelaki dalam keadaan berdiri manakala pesalah wanita dalam keadaan duduk.
Pukulan dikenakan atas beberapa tempat pada badan. Haram memukul pada tempat yang sama.
Sedikit Perkongsian. #Part 5
Assalamualaikum..
Ehh, dah part 5? Tajuk "Sedikit Perkongsian" tapi ni dah masuk part 5 pun. Takpa lah, kita sambung lagi ya?
Soalan: Hukum Menjawab Salam (Tak lengkap)?
Jawapan: Tidak wajib menjawab salam melainkan ditulis dengan sempurna "Assalamualaikum".
Soalan: Ciri-Ciri Orang Fasik?
Jawapan: Orang fasik ialah mereka yang berbuat dosa-dosa besar seperti tidak solat, minum arak atau berjudi walaupun sekali. Orang fasik itu mereka yang kekal berbuat dosa-dosa kecil seperti memakai emas bagi lelaki.
Soalan: Wali Fasik?
Jawapan: Fasiknya seseorang itu jadi apabila dia kekal melakukan dosa-dosa kecil, seperti tidak solat, berjudi sekalipun belum diiktiraf mahkamah syariah sebagai fasik.
Apabila seseorang itu fasik, maka tidak sah dia dijadikan wali nikah kerana Nabi berkata:
"Tidak sah nikah melainkan dengan wali yang baik."
Oleh itu, seorang yang nyata meninggalkan solat tanpa uzur atau berjudi maka dia adalah seorang yang fasik.
Sedikit Perkongsian. #Part 4
Assalammualaikum.
Kita sambung lagi ya perkongsian ini. Shall we? Okay, here's the part 4 :)
Section Halal Haram;
Jika dipakai keluar rumah maka hendaklah dengan wangian yang tidak kuat baunya (wangian yang tidak dapat dihidu oleh orang ramai). Melainkan apabila dihidu pada tempat yang diletakkan wangian itu baru dapat dihidu baunya.
Wangian yang kuat sehingga orang sekelilingnya dapat mencium wangian itu dengan hanya lalu sahaja dihadapannya, maka hukumnya adalah haram.
Jika dipakai di dalam rumah maka tiada larangan dengan wangian yang kuat baunya. Jika disuruh oleh suaminya, maka menjadi wajib si isteri memakai wangian tersebut.
Soalan: Hukum Memakai (braces) Gigi?
Jawapan: Sesetengah sarjana fikah mengharuskan memakainya jika alat tersebut di pakai dengan tujuan membetulkan kecacatan seperti gigi yang tidak rata atau terlebih keluar (jongang), dan tidak dinamakan mengubah ciptaan Allah.
Tetapi, jika memakai alat tersebut dengan tujuan menambahkan lagi kecantikkan gigi yang sedia elok, maka hukumnya adalah dilarang sebagaimana yang disebut oleh beberapa orang sarjana Islam tersohor.
Soalan: Lelaki Berinai?
Jawapan: Setakat yang saya (Ustaz Azhar Idrus) tahu haram bagi kaum lelaki memakai inai sekalipun kerana berkahwin.
Inai adalah setengah dari perhiasan yang tertentu untuk kaum wanita. Oleh kerana itu, lelaki dilarang memakainya kerana terdapat hadis sahih yang melaknat kaum lelaki memakai perhiasan kaum wanita.
Soalan: Hukum Pergi ke Rumah Kawan Perempuan Pada Hari Raya?
Jawapan: Perempuan itu perlu ditemani oleh mahramnya yang dewasa dan tidak boleh duduk berdekatan sehingga boleh mendatangkan fitnah jika dilihat orang.
Soalan: Mendengar Ceramah Perempuan?
Jawapan: Kaum wanita hanya boleh menjadi guru bagi kaum wanita. Namun ia dibolehkan sekiranya tiada kaum lelaki yang mempunyai ilmu-ilmu yang dimiliki oleh guru wanita tersebut. Guru wanita hanya diharuskan mengajar pelajar lelaki yang masih kanak-kanak.
Manakala, pensyarah wanita yang tidak menutup aurat adalah berdosa kepada Allah dan pelajar-pelajar lelaki perlu menundukkan pandangannya dari melihat aurat tersebut.
Sedikit Perkongsian. #Part 3
Assalammualaikum.
Okay, aku takmau ulas panjang-panjang sebab dah memang sah post ini PART 3. Kita sambung membaca lagi yaa.
Sedikit Perkongsian. #Part 2
- Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati dan menyanyangi keluarganya sendiri.
- Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suaminya.
- Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.
- Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.
- Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
- Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri perlu memohon keizinan suaminya untuk keluar rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.
- Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.
- Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.
- Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas atau tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
- Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.
- Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.
- Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.
- Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.
- Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suami , bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
- Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu sewaktu suami hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suami pulang.
Sedikit Perkongsian. #Part 1
Assalammualaikum..
See entry post ni? "Sedikit Perkongsian" kan? Okay, straight to the point lah senang. Beberapa hari lepas aku pinjam satu buku dari seorang kawan aku, buku tu berjudul "Anda Bertanya USTAZ AZHAR IDRUS Menjawab Berkenaan Permasalahan SEMASA" Bukan aku sengaja nak caps lock tapi memang dekat buku spell macam tu ya. Bagi pendapat aku, buku tu memang sangat interesting! Segala ilmu pengetahuan yang terkandung sangat padat and ringkas! Memang betul-betul menarik minat aku lah.
As awesome as Ustaz Azhar Idrus sendiri! :) Back to niat asal aku, nak berkongsi. Nak berkongsi apa? Aku nak share sedikit ilmu yang terkandung, bagi aku perkara yang agak confusing for a few people. Nak tau kena lah terus membaca.
Section Solat;
Sekadar Dialog.
"Mak, Ayah.. Saya Nak Kahwin..."
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan atau mengikuti lelaki di sana sini, lebih baik dia melihat isteri/lelakinya saja. Dapat pahala lagi.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri/suami yang dicari, tapi calon ibu/ayah kepada cucumu yang akan dicari.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
"Mak ayah, saya nak kahwin.." Tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. "Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin."