Sedikit Perkongsian. #Part 2

Assalammualaikum. 
Entry "Sedikit Perkongsian. #Part 2"? Dah sah-sah tertulis PART 2 kat situ so mesti lah posting ni sambungan untuk post "Sedikit Perkongsian. #Part 1"! Apalah.. Okay enough, sudi-sudikan lah untuk sambung baca :)


Soalan: Isteri Solehah?

Jawapan: 
  1. Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati dan menyanyangi keluarganya sendiri.
  2. Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suaminya.
  3. Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.
  4. Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.
  5. Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
  6. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri perlu memohon keizinan suaminya untuk keluar rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.
  7. Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.
  8. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.
  9. Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas atau tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
  10. Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.
  11. Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.
  12. Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.
  13. Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.
  14. Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suami , bersopan santun dalam perkataan  dan juga perbuatannya.
  15. Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu sewaktu suami hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suami pulang.
Soalan: Suka Kepada Perempuan?

Jawapan: Fitrah manusia suka akan pasangan yang berlainan jantina. Lelaki suka melihat perempuan dan perempuan juga suka melihat lelaki. Kerana itu Allah mensyariatkan nikah bagi melunaskan keperluan hidup berpasangan. 

Jika belum masa usia bernikah maka jaga pandangan dari suka melihat perempuan kerana dalam suatu hadis Nabi berkata yang bermaksud :

"Sesiapa yang memenjamkan matanya dari melihat kecantikan seorang perempuan maka Allah akan memberikannya rasa sedap ketika berbuat ibadah kepada-Nya."

Elakkan diri daripada suka ke tempat-tempat yang ada perempuan melainkan kerana hajat yang perlu. Berkawan dengan mereka yang ada sifat warak dan takwa. Rajinkan diri untuk hadir ke majlis-majlis agama agar hati menjadi lebih jernih.

Soalan: Hukum Zina Sebelum Kahwin?

Jawapan: Zina adalah satu amalan keji yang tergolong dalam dosa-dosa besar. Oleh itu, jika pasangan zina itu berkahwin, dosa zina itu tetap tidak terhapus melainkan wajib pasangan itu bertaubat dengan taubat nasuha.

Berkahwin hanya mengurangkan atau mengelakkan dari terus menambah dosa dan bukan menghapuskan dosa.

Leave a Reply