Ayat-Ayat Cinta..

Assalamualaikum.
Entry ni "Ayat-Ayat Cinta". Kenapakah? Actually posting ni lirik lagu Ayat-Ayat Cinta by Rossa. Bagi aku lagunya best and liriknya sangat meaning. Aku dengar lagu, tapi aku fahami, hayati and dalami liriknya. Line yang aku buat "Italic''  tu, lirik yang aku rasa sesuai untuk aku.

"Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisahku di antara cinta yang rumit.

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan.

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu..

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud.."

Doa Cinta..


Tidak bertemu mata,
Tidak berkata-kata,
Tidak mengungkap janji,
Tidak bermadah cinta,
Cukuplah kata mengingat tuhan,
Cukuplah aku tahu kau punya agama dan iman,
Soal hati dan perasaan biar masa menentukan..

Hati kita Allah yang punya,
Hati kita Allah yang jaga,
Andai takdir hidup bersama,
Pasti Allah permudahkan jalannya..

"Ya Allah,
berikanlah cintaMu kepadaku,
dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMu,
dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu."


Ikhtilat (Percampuran/Pergaulan)

Assalamualaikum.
Post kali ni aku nak share about "ikhtilat" which means percampuran atau pergaulan. Aku ada main surat dengan ustazah aku, jangan fikir bukan-bukan ya? Aku malu nak tanya face-to-face, thats why aku tanya ustazah aku dalam surat. Aku tanya kat ustazah aku pasal pergaulan lelaki dan perempuan. And here, aku nak share apa yang ustazah aku jelaskan.

Maksud pergaulan: Bercampur wanita dan lelaki ajnabi (bukan muhrim) di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi. 
Tiada nas yang jelas melarang pergaulan.

 Tegahan pergaulan hanya disimpulkan dari beberapa tegahan berikut:
  • Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram.
  • Tegahan berkhalwat (berdua-duaan) antara wanita dengan lelaki ajnabi.
  • Tidak wajib solat jemaah ke atas wanita.
  • Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita.
  • Tegahan wanita berjalan seiringan dengan lelaki.

Dari larangan-larangan inilah ulama' menyimpulkan pergaulan wanita dengan lelaki ajnabi ditegah.

Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:
  • Pergaulan atas sebab darurat.
  • Pergaulan untuk tujuan muamalah (perniagaan)
  • Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman.
  • Pergaulan menunaikan kesaksian.
  • Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang.
  • Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah.
  • Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama.
  • Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja.
  • Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad.
  • Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu.

Namun demikian, pergaulan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang bersungguh-sungguh, hukum, adab, dan tata susila Islam seperti:

  • Menjaga aurat. 
  • Tidak tabarruj (berhias secara berlebih-lebih).
  • Tidak mengangkat suara dengan tinggi (tidak bercakap kuat).
  • Serius (tidak bermanja-manja atau melembut-lembutkan suara semasa bercakap).
  • Menundukkan pandangan (bukan mata galak atau curi-curi pandang).
  • Warak.

Dari Hati ke Hati..

Assalamualaikum.
Hari ni aku dapat satu note dari seseorang. Bagi aku sangat touching lah untuk dapat note yang tertulis kata-kata yang sangat bermakna. Kata-kata tu memang meresap dalam hati aku, membuatkan aku rasa bersyukur, bersemangat and lebih kuat untuk tempuh segala dugaan hidup. InsyaAllah lebih berfikiran matured dan dewasa. So here's aku nak share.


"Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya,
bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka,
Allah telah mengira titis air matamu..

Bila engkau rasa ketinggalan,
dan masa meninggalkanmu,
Allah tetap bersamamu..

Bila engkau kebuntuan akal,
maka Allah adalah petunjuk jalan,
apabila engkau telah berazam,
maka bertawakallah kepada ALLAH."


"Kami bukan baik,
tapi kami sedang 
ke arah itu.."






Sedikit Perkongsian. #The End

Assalamualaikum.

Entry kali ni "Sedikit Perkongsian. #The End". See, the end right? Maknanya dah habis lah sedikit perkongsian aku, "sedikit lah konon kan?" padahal sampai part 6! Haa, nak start mengarut dah lah ni.
Okaylah, enough. So here's officially tamat lah yaa perkongsian aku dari sebuah buku "Anda Bertanya USTAZ AZHAR IDRUS Menjawab Berkenaan Permasalahan SEMASA". Tak silap aku lah kan, buku ni yang part 1. Buku yang part 2 dah pun release, cuma aku saja yang belum baca. Tak ada rezeki lagi, nanti aku baca and Insyaallah boleh share lagi kan?

"Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu kelemahan diri saya sendiri."

Maaf jika ada yang tersilap, tersalah dan semua yang seerti dengannya. Niat aku cuma nak berkongsi pelajaran, ilmu dan pengetahuan yang aku dapat and ada. Wallahu’alam bissawab.

P/S: Maksud Wallahu’alam bissawab (والله أعلمُ بالـصـواب) = dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya (and Allah knows the right).

Sedikit Perkongsian. #Part 6

Assalamualaikkum.
Dah berapa hari dah ni aku tak update. Hari ni aku sambung lagi yaa dengan posting "Sedikit Perkongsian" #Part 6 pulak.

Section Isu Semasa;


Soalan: Hukum Menonton di Pawagam?

Jawapan: Hukum tengok wayang bergantung atas kandungan cerita yang ditayangkan. Jika jalan ceritanya tidak ada adegan yang haram dilihat, maka harus menontonnya. Jika ceritanya haram, maka haram menontonnya.

Soalan: Adab Memakai Cincin?

Jawapan: Apa yang disebut oleh sarjana Islam muktabar, adalah disunatkan memakai cincin pada jari manis dan jari kelingking sahaja. Ini mengikut perbuatan Nabi Muhammad sebagai mana yang direkodkan dalam beberapa hadis yang sahih antaranya hadis rekod Imam Tirmizi dan Imam Ahmad.

Memakai cincin pada jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari hukumnya adalah makruh.

Soalan: Doktor Lelaki Menyambut Bayi?

Jawapan: Harus hukumnya menggunakan doktor lelaki ketika melahirkan anak dengan syarat tiada doktor wanita dan ditemani oleh mahram wanita itu ketika melahirkan bayinya.

Soalan: Mengumpat Orang Bukan Islam?

Jawapan: Menurut pendapat sarjana Islam, tidak berdosa mengumpat kerana mereka bukan saudara seagama. Ini kerana Nabi Muhammad berkata yang maksudnya:

"Mengumpat itu ialah engkau menyebut tentang saudaramu yang mana perkara itu ia benci jika diketahuinya."

Maksud saudaramu dalam hadis ini adalah saudara yang sama beragama Islam.

Soalan: Pelajar Ponteng?

Jawapan: Jika pelajar dibiayai oleh ibu bapanya maka haram ia ponteng sekolah atau ponteng kelas kerana dia mengkhianati kepercayaan dan pengorbanan ibu bapanya sendiri.

Tetapi jika dia sendiri yang membiayai pelajarannya itu, maka perbuatan ponteng itu tidak haram cuma ia tergolong dalam satu tindakan yang bodoh sahaja.

Soalan: Orang Bukan Islam Melafazkan Tasbih?

Jawapan: Tidak mengapa "Insyaallah", "Alhamdulillah" dan sebagainya disebut oleh orang bukan Islam selagi bukan bertujuan mempersenda. Adapun jika dengan tujuan mempersedakan atau menghina maka wajib atas orang Islam yang memerintah di dalam negeri itu melarangnya dan jika berdegil maka boleh dikenakan hukuman.

Soalan: Wanita Terlanjur?

Jawapan: Si lelaki perlu bertanggungjawab dengan perbuatannya itu dan mengambil wanita itu sebagai isterinya.

Manakala perempuan ini tidak boleh memaksa lelaki tersebut berkahwin dengannya.

Apabila si lelaki enggan atau menangguhkan niat mengambilnya sebagai isteri, maka jelas dia ingin lari dari bertanggungjawab.

Tidak ada apa boleh dilakukan oleh perempuan tersebut selain bertaubat kepada Allah memohon diampunkan dosa dan memohon petunjuk. Berdoa dan mohon agar Allah membuka pintu hati lelaki tersebut agar timbul rasa bertanggungjawab dengan perbuatannya itu dan memohon Allah memudahkan urusan mereka berdua.

Soalan: Hukum Rotan?

Jawapan: Sarjana Islam menetapkan apabila memukul penzina yang dikenakan hudud 100 pukulan adalah dengan pemukul yang tidak membunuh seperti rotan atau kayu atau seumpamanya.

Rotan itu tidak besar sehingga boleh mematahkan tulang dan tidak halus sehingga boleh melukakan.

Haram memukul kawasan muka dan kemaluan. Ini adalah untuk mengelakkan kecacatan wajah dan kematian.

Pukulan perlu sederhana sahaja iaitu tidak kuat dan tidak terlalu perlahan. Tujuan hudud ini bukan untuk membunuh tetapi untuk memberi keinsafan kepada pesalah. Cara hukum rotan di penjara sekarang ini adalah haram kerana terlalu kuat sehingga mengoyakkan kulit dan daging.

Pesalah dikenakan hukuman dalam keadaan sempurna berpakaian. Haram menelanjangkan pesalah sebagaimana hukuman rotan dalam penjara sekarang ini.

Pesalah lelaki dalam keadaan berdiri manakala pesalah wanita dalam keadaan duduk.

Pukulan dikenakan atas beberapa tempat pada badan. Haram memukul pada tempat yang sama.

Sedikit Perkongsian. #Part 5

Assalamualaikum..
Ehh, dah part 5? Tajuk "Sedikit Perkongsian" tapi ni dah masuk part 5 pun. Takpa lah, kita sambung lagi ya?

Saalan: Hukum Bermesej (SMS)?

Jawapan: Jika kandungan mesej antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu ialah perkara-perkara penting seperti jual beli atau seumpamanya, maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja.

Jika mesej seperti bertanyakan, "Sedang buat apa?", "Awak minat apa?", "Suka warna apa?" atau "Saya suka awak", maka hukumnya tidak syak lagi adalah diharamkan dalam Islam.


Soalan: Melanggar Sumpah?

Jawapan: Seorang yang melanggar sumpah yang dibuatnya perlu membayar denda sumpah. Dalam keadaan sekarang, denda sumpah yang boleh dibuat ialah berpuasa 3 hari atau memberi makan sepuluh orang fakir miskin dengan makanan yang mengenyangkan.

Soalan: Hukum Melihat Jenazah?

Jawapan: Harus melihat wajah jenazah bersamaan jantina selepas dikafankan dan sebelum ditanamkan. Tetapi tidak harus melihat wajah yang berlainan jantina melainkan mayat mahram sendiri.

Soalan: Hukum Menjawab Salam (Tak lengkap)?

Jawapan: Tidak wajib menjawab salam melainkan ditulis dengan sempurna "Assalamualaikum".

Soalan: Ciri-Ciri Orang Fasik?

Jawapan: Orang fasik ialah mereka yang berbuat dosa-dosa besar seperti tidak solat, minum arak atau berjudi walaupun sekali. Orang fasik itu mereka yang kekal berbuat dosa-dosa kecil seperti memakai emas bagi lelaki.

Soalan: Wali Fasik?

Jawapan: Fasiknya seseorang itu jadi apabila dia kekal melakukan dosa-dosa kecil, seperti tidak solat, berjudi sekalipun belum diiktiraf mahkamah syariah sebagai fasik.

Apabila seseorang itu fasik, maka tidak sah dia dijadikan wali nikah kerana Nabi berkata:

"Tidak sah nikah melainkan dengan wali yang baik."

Oleh itu, seorang yang nyata meninggalkan solat tanpa uzur atau berjudi maka dia adalah seorang yang fasik.




Sedikit Perkongsian. #Part 4

Assalammualaikum.
Kita sambung lagi ya perkongsian ini. Shall we? Okay, here's the part 4 :)

Section Halal Haram;

Soalan: Hukum Wanita Memakai Wangian?

Jawapan: Masalah wanita memakai wangian itu ada beberapa hukum.

Jika dipakai keluar rumah maka hendaklah dengan wangian yang tidak kuat baunya (wangian yang tidak dapat dihidu oleh orang ramai). Melainkan apabila dihidu pada tempat yang diletakkan wangian itu baru dapat dihidu baunya.

Wangian yang kuat sehingga orang sekelilingnya dapat mencium wangian itu dengan hanya lalu sahaja dihadapannya, maka hukumnya adalah haram.

Jika dipakai di dalam rumah maka tiada larangan dengan wangian yang kuat baunya. Jika disuruh oleh suaminya, maka menjadi wajib si isteri memakai wangian tersebut.

Soalan: Hukum Memakai (braces) Gigi?

 Jawapan: Sesetengah sarjana fikah mengharuskan memakainya jika alat tersebut di pakai dengan tujuan membetulkan kecacatan seperti gigi yang tidak rata atau terlebih keluar (jongang), dan tidak dinamakan mengubah ciptaan Allah.

Tetapi, jika memakai alat tersebut dengan tujuan menambahkan lagi kecantikkan gigi yang sedia elok, maka hukumnya adalah dilarang sebagaimana yang disebut oleh beberapa orang sarjana Islam tersohor.

Soalan: Lelaki Berinai?

Jawapan: Setakat yang saya (Ustaz Azhar Idrus) tahu haram bagi kaum lelaki memakai inai sekalipun kerana berkahwin.

Inai adalah setengah dari perhiasan yang tertentu untuk kaum wanita. Oleh kerana itu, lelaki dilarang memakainya kerana terdapat hadis sahih yang melaknat kaum lelaki memakai perhiasan kaum wanita.

Soalan: Hukum Pergi ke Rumah Kawan Perempuan Pada Hari Raya?

Jawapan: Perempuan itu perlu ditemani oleh mahramnya yang dewasa dan tidak boleh duduk berdekatan sehingga boleh mendatangkan fitnah jika dilihat orang.

Soalan: Mendengar Ceramah Perempuan?

Jawapan: Kaum wanita hanya boleh menjadi guru bagi kaum wanita. Namun ia dibolehkan sekiranya tiada kaum lelaki yang mempunyai ilmu-ilmu yang dimiliki oleh guru wanita tersebut. Guru wanita hanya diharuskan mengajar pelajar lelaki yang masih kanak-kanak.

Manakala, pensyarah wanita yang tidak menutup aurat adalah berdosa kepada Allah dan pelajar-pelajar lelaki perlu menundukkan pandangannya dari melihat aurat tersebut.


Sedikit Perkongsian. #Part 3

Assalammualaikum.
Okay, aku takmau ulas panjang-panjang sebab dah memang sah post ini PART 3. Kita sambung membaca lagi yaa.

Soalan: Pahala bagi Perempuan?

Jawapan: Wanita  yang tidak ada suami sama ada sudah menjadi janda masih belum bersuami perlu memperbanyakkan membuat baik kepada kaum keluarga dan sanak saudara.

Buat baik kepada kaum keluarga dan sanak saudara ini adalah sifat terpuji di sisi syarak. Dalam hadis-hadis yang sohih menyebut di akhirat nanti akan dikurniakan kepadanya kebaikan yang tidak terhingga.

Sama ada bersamaan dengan pahala wanita yang bersuami atau tidak, tidak menjadi soal kerana apabila disebut balasan yang tidak terhingga membawa maksud pahala yang cukup banyak.

Section al-Quran dan Hadis;

Soalan: Hukum Terkentut Sewaktu Membaca al-Quran?

Jawapan: Jika sedang membaca al-Quran kemudian terkentut, maka teruskan bacaan itu dengan tidak memegang al-Quran. Orang yang tidak ada wuduk hanya dilarang memegang al-Quran tetapi tidak dilarang membacanya.

Soalan: Wanita Yang Memotong Badannya Sendiri?

Jawapan: "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana dia memperkenalkan dirinya kepada orang lain."

Apa yang dimaksudkan dari hadis di atas ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Oleh itu seseorang wanita perlu menjauhi untuk meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat atau berhias cantik di dalam Internet sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwah.

Soalan: Hukum Wanita Membaca al-Quran?

Jawapan: Hukum wanita memperdengarkan bacaan al-Quran kepada lelaki yang bukan mahramnya ada waktunya dan hukumnya adalah harus dan ada waktunya dilarang.

Contoh harus itu adalah  seorang wanita membaca al-Quran dihadapan guru lelaki dengan tujuan belajar.

Contoh yang dilarang pula ialah membaca dalam musabaqah (pertandingan) al-Quran seperti yang berlaku masa kini.

Apabila diketahui hukumnya sepeti dua contoh di atas, maka tidak harus lelaki sengaja mendengar suara wanita ajnabiyah (bukan mahram) membaca al-Quran.

Soalan: Hukum Membaca Ayat al-Quran di dalam Tandas?

Jawapan: Apa yang dilarang oleh sarjana Islam di dalam kitab-kitab mereka ialah membaca al-Quran atau zikir-zikir di tempat yang tidak layak seperti tandas atau seumpamanya. Maksud membaca di sini ialah menyebutnya pada lidah. Membaca di dalam hati tidak dilarang. Begitu juga jika perbuatan itu tidak disengajakan.

Sedikit Perkongsian. #Part 2

Assalammualaikum. 
Entry "Sedikit Perkongsian. #Part 2"? Dah sah-sah tertulis PART 2 kat situ so mesti lah posting ni sambungan untuk post "Sedikit Perkongsian. #Part 1"! Apalah.. Okay enough, sudi-sudikan lah untuk sambung baca :)


Soalan: Isteri Solehah?

Jawapan: 
  1. Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati dan menyanyangi keluarganya sendiri.
  2. Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suaminya.
  3. Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.
  4. Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.
  5. Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
  6. Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya. Begitu juga maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri perlu memohon keizinan suaminya untuk keluar rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.
  7. Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.
  8. Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.
  9. Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas atau tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
  10. Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.
  11. Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batin suami sewaktu diperlukan.
  12. Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila ketiadaan suami.
  13. Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.
  14. Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suami , bersopan santun dalam perkataan  dan juga perbuatannya.
  15. Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu sewaktu suami hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman sewaktu suami pulang.
Soalan: Suka Kepada Perempuan?

Jawapan: Fitrah manusia suka akan pasangan yang berlainan jantina. Lelaki suka melihat perempuan dan perempuan juga suka melihat lelaki. Kerana itu Allah mensyariatkan nikah bagi melunaskan keperluan hidup berpasangan. 

Jika belum masa usia bernikah maka jaga pandangan dari suka melihat perempuan kerana dalam suatu hadis Nabi berkata yang bermaksud :

"Sesiapa yang memenjamkan matanya dari melihat kecantikan seorang perempuan maka Allah akan memberikannya rasa sedap ketika berbuat ibadah kepada-Nya."

Elakkan diri daripada suka ke tempat-tempat yang ada perempuan melainkan kerana hajat yang perlu. Berkawan dengan mereka yang ada sifat warak dan takwa. Rajinkan diri untuk hadir ke majlis-majlis agama agar hati menjadi lebih jernih.

Soalan: Hukum Zina Sebelum Kahwin?

Jawapan: Zina adalah satu amalan keji yang tergolong dalam dosa-dosa besar. Oleh itu, jika pasangan zina itu berkahwin, dosa zina itu tetap tidak terhapus melainkan wajib pasangan itu bertaubat dengan taubat nasuha.

Berkahwin hanya mengurangkan atau mengelakkan dari terus menambah dosa dan bukan menghapuskan dosa.

Sedikit Perkongsian. #Part 1

Assalammualaikum..
See entry post ni? "Sedikit Perkongsian" kan? Okay, straight to the point lah senang. Beberapa hari lepas aku pinjam satu buku dari seorang kawan aku, buku tu berjudul "Anda Bertanya USTAZ AZHAR IDRUS Menjawab Berkenaan Permasalahan SEMASA" Bukan aku sengaja nak caps lock tapi memang dekat buku spell macam tu ya. Bagi pendapat aku, buku tu memang sangat interesting! Segala ilmu pengetahuan yang terkandung sangat padat and ringkas! Memang betul-betul menarik minat aku lah.
As awesome as Ustaz Azhar Idrus sendiri! :) Back to niat asal aku, nak berkongsi. Nak berkongsi apa? Aku nak share sedikit ilmu yang terkandung, bagi aku perkara yang agak confusing for a few people. Nak tau kena lah terus membaca.

Section Solat;

Soalan: Membaca Doa Qunut?

Jawapan: Membaca qunut dalam solat subuh hukumnya sunat sahaja dalam mazhab Syafii. Jika tidak    dibaca, tidak membatalkan solat cuma tidak mendapat pahala membaca qunut. Sesiapa yang tertinggal membaca qunut, sunat melakukan sujud sahwi 2 kali sebelum memberi salam. Jika sengaja meninggalkan baca qunut dalam solat subuh, solatnya tetap sah dan tidak berdosa.

Section Nikah;

Soalan: Couple (Berpasangan)?

Jawapan: Hukum berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah haram menurut ijimak ulama. Perbuatan ini juga haram kepada mereka yang sudah bertunang kerana hadis Rasulullah yang direkodkan Bukhari bermaksud :

"Jangan berdua-duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani oleh mahramnya."

Dalam hadis direkodkan Muslim :

"Tiada harus masuk seseorang lelaki ke tempat perempuan melainkan ada serta perempuan itu mahramnya."

Jelas daripada dalil-dalil ini, berpasangan tanpa nikah itu adalah haram dalam Islam. Couple adalah budaya Yahudi dan Nasrani, mula diterima oleh orang Islam yang jahil dengan hukum-hukum agama.

Zina mata bermaksud melihat perkara-perkara yang haram disisi syarak seperti melihat lelaki akan perempuan yang bukan mahramnya seperti pasangan-pasangan yang sedang bercinta sekarang ini.

(Rujukan Kitab Syarah Asqollani'ala al-bukhori, Syarah Muslim)




Sekadar Dialog.

"Hye"

     "Assalammualaikum. Hai"

"Waalaikumsalam.."

     "Ada apa?"

"Macam mana dengan masalah awak hari tu? Dah okay ke?"

     "Hmm, Alhamdulillah dah settle."

"Ohh, awak dok buat apa tu?"

     "Dengar lagu."

"Lagu apa awak?"

     "Tanda Tanya."

"Ohh, dah makan belum?"

     "Tak makan pun. Awak?"

"Dah. Nape tak makan awak?"

     "Ohh, saja. Malas nak makan, tak larat."

"Diet laa tu."

     "Taklah."

"Yalah tu, tak ngaku pulak."

     "Betol laa, tak tipu pun."

"Haha."

     "Gelak kat orang pulak!"

"Tak boleh ke nak gelak kat orang tu?"

     "Kalau macam tu boleh buat awak happy, gelak lah."

"Awak happy tak?"

     "Saya? Kenapa awak tanya?"

"Saja lah.. Happy tak?"

     "Saya happy atau tak, ia penting ke bagi awak?"

"Tak."

     "Takpa lah kalau macam tu."

"Nape takpa pulak?"

     "Dah awak kata saya happy atau tidak tak penting pun bagi awak, kan? Takpa lah kalau tak penting."

"Awak happy tak? Penting bagi saya. Saya kan kawan awak."

    "Tadi kata tak penting pun?"

"Penting lah.. Awak kan kawan saya."

     "Penting? Haa, awak suka saya lah tu? Haha."

"Suka lah.."

     "Serius ke?"

"Serius lah awak.."

     "Sebab apa?"

"Sebab awak baik."

     "Saya? Baik? Haha, mana awak tau ni? Awak tilik saya ya?"

"Ehh, taklah.. Saya tengok awak macam baik je.. Sebab tu lah saya kata awak baik. Nape? Tak boleh ke?"

     "Ohh. Awak, awak.. Baru tengok saya dah kata saya baik. Tengok dari rupa, luaran orang bukan boleh    pakai sangat. Tau? Jangan nilai orang macam tu lagi ya?"

"Okay. Awak.."

     "Ya?"

"Macam mana saya nak tengok samada orang tu baik atau tak?"

     "Baik atau tak seseorang tu tak boleh dilihat, tapi perlu dinilai."

"Ohh, tu yang saya suka awak tu.."

     "Hah? Kenapa pulak?"

"Adalah.. Rahsia. Haha."

     "Ohh, berahsia ya? Pandai jugak lelaki berahsia kan?"

"Yalah sayang oii.."

     "Apa dia?"

"Tak ada apa.."

     "Hmm, awak.. Nak cakap sikit ni.."

"Cakap lah."

     "Maaf lah saya cakap ni, tapi sayang saya cuma untuk lelaki yang bergelar suami. Awak jangan panggil saya macam tu ya? Saya tak selesa. Sorry."

"Okay. Awak.."

     "Hmm?"

"Awak jangan risau, saya tak akan panggil awak sayang dah."

     "Ya awak, terima kasih faham."

"Awak dah makan belum?"

     "Tak makan pun lah."

"Nape tak makan lagi?"

     "Saya malas nak makan, lagi pun tak elok makan lewat-lewat malam."

"Diet lah tu. Haha."

     "Awak suka kata saya diet kan? Tak pun lah. Mama saya kata nak diet buat apa. Saya kalau kurus ke, gemuk ke, bukan apa sangat pun. So tak perlu lah kot."

"Sesetengah orang tak tengok paras rupa, tengok pada hati. Kalau rupa elok pun tapi hati tak elok, tak mau jugak kan?"

     "Ya! Tu, pandai pun nilai orang.."

"Tu yang saya suka kat awak tu.."

     "Kalau saya tanya kenapa, mesti awak akan jawab rahsia lagi kan?"

"Mesti lah.."

     "Dah agak dah!"

"Hahah."

     "Gelak! Suka lah tu."

"Kalau nak suka kat awak, boleh tak?"

     "Itu bukan hak saya. Terpulang kat awak."

"Adakah awak terima kesukaan saya tu?"

     "Jujur saya cakap ni, saya harap hati saya cuma akan terbuka bila dah sampai masanya saya bertemu jodoh. Selagi belum, saya nak jaga hati saya untuk suami saya nanti."

"Haa, ni lah contoh wanita solehah."

     "Insyaallah."

"Hmm, bf awak sihat?"

     "Saya tak ada jawapan untuk soalan tu. Sorry."





"Mak, Ayah.. Saya Nak Kahwin..."

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan atau mengikuti lelaki di sana sini, lebih baik dia melihat isteri/lelakinya saja. Dapat pahala lagi.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri/suami yang dicari, tapi calon ibu/ayah kepada cucumu yang akan dicari.

"Mak ayah, saya nak kahwin.."
 Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

"Mak ayah, saya nak kahwin.." Tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. "Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini, amin."