Sedikit Perkongsian. #Part 5

Assalamualaikum..
Ehh, dah part 5? Tajuk "Sedikit Perkongsian" tapi ni dah masuk part 5 pun. Takpa lah, kita sambung lagi ya?

Saalan: Hukum Bermesej (SMS)?

Jawapan: Jika kandungan mesej antara seorang lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu ialah perkara-perkara penting seperti jual beli atau seumpamanya, maka hukumnya adalah harus dan wajib disingkatkan setakat yang penting sahaja.

Jika mesej seperti bertanyakan, "Sedang buat apa?", "Awak minat apa?", "Suka warna apa?" atau "Saya suka awak", maka hukumnya tidak syak lagi adalah diharamkan dalam Islam.


Soalan: Melanggar Sumpah?

Jawapan: Seorang yang melanggar sumpah yang dibuatnya perlu membayar denda sumpah. Dalam keadaan sekarang, denda sumpah yang boleh dibuat ialah berpuasa 3 hari atau memberi makan sepuluh orang fakir miskin dengan makanan yang mengenyangkan.

Soalan: Hukum Melihat Jenazah?

Jawapan: Harus melihat wajah jenazah bersamaan jantina selepas dikafankan dan sebelum ditanamkan. Tetapi tidak harus melihat wajah yang berlainan jantina melainkan mayat mahram sendiri.

Soalan: Hukum Menjawab Salam (Tak lengkap)?

Jawapan: Tidak wajib menjawab salam melainkan ditulis dengan sempurna "Assalamualaikum".

Soalan: Ciri-Ciri Orang Fasik?

Jawapan: Orang fasik ialah mereka yang berbuat dosa-dosa besar seperti tidak solat, minum arak atau berjudi walaupun sekali. Orang fasik itu mereka yang kekal berbuat dosa-dosa kecil seperti memakai emas bagi lelaki.

Soalan: Wali Fasik?

Jawapan: Fasiknya seseorang itu jadi apabila dia kekal melakukan dosa-dosa kecil, seperti tidak solat, berjudi sekalipun belum diiktiraf mahkamah syariah sebagai fasik.

Apabila seseorang itu fasik, maka tidak sah dia dijadikan wali nikah kerana Nabi berkata:

"Tidak sah nikah melainkan dengan wali yang baik."

Oleh itu, seorang yang nyata meninggalkan solat tanpa uzur atau berjudi maka dia adalah seorang yang fasik.




Leave a Reply