Ikhtilat (Percampuran/Pergaulan)

Assalamualaikum.
Post kali ni aku nak share about "ikhtilat" which means percampuran atau pergaulan. Aku ada main surat dengan ustazah aku, jangan fikir bukan-bukan ya? Aku malu nak tanya face-to-face, thats why aku tanya ustazah aku dalam surat. Aku tanya kat ustazah aku pasal pergaulan lelaki dan perempuan. And here, aku nak share apa yang ustazah aku jelaskan.

Maksud pergaulan: Bercampur wanita dan lelaki ajnabi (bukan muhrim) di satu tempat yang pada kebiasaannya membawa mereka berpandangan, bercakap dan berinteraksi. 
Tiada nas yang jelas melarang pergaulan.

 Tegahan pergaulan hanya disimpulkan dari beberapa tegahan berikut:
  • Tegahan wanita bermusafir sendirian tanpa mahram.
  • Tegahan berkhalwat (berdua-duaan) antara wanita dengan lelaki ajnabi.
  • Tidak wajib solat jemaah ke atas wanita.
  • Tidak wajib solat jumaat ke atas wanita.
  • Tegahan wanita berjalan seiringan dengan lelaki.

Dari larangan-larangan inilah ulama' menyimpulkan pergaulan wanita dengan lelaki ajnabi ditegah.

Pergaulan yang dibenarkan atas dasar pengecualian kerana keperluan:
  • Pergaulan atas sebab darurat.
  • Pergaulan untuk tujuan muamalah (perniagaan)
  • Pergaulan untuk tujuan melaksanakan tugas-tugas kehakiman.
  • Pergaulan menunaikan kesaksian.
  • Pergaulan atas tugas penguatkuasa undang-undang.
  • Pergaulan untuk tujuan melayan tetamu di rumah.
  • Pergaulan untuk tujuan menghormati tetamu dengan makan bersama.
  • Pergaulan dalam kenderaan awam bagi wanita yang melakukan kerja.
  • Pergaulan untuk melakukan kerja-kerja jihad.
  • Pergaulan untuk tujuan mendengar ceramah dan ilmu.

Namun demikian, pergaulan ini hendaklah disertai dengan iltizam yang bersungguh-sungguh, hukum, adab, dan tata susila Islam seperti:

  • Menjaga aurat. 
  • Tidak tabarruj (berhias secara berlebih-lebih).
  • Tidak mengangkat suara dengan tinggi (tidak bercakap kuat).
  • Serius (tidak bermanja-manja atau melembut-lembutkan suara semasa bercakap).
  • Menundukkan pandangan (bukan mata galak atau curi-curi pandang).
  • Warak.

Leave a Reply