Hari Ke 10

Hi!
Hari ney dah hari ke 10 berpuasa bg tahun ney. Perasan tak, walau pun baru hari ke 10 tp kat radio and kedai-kedai or pasaraya dah pasang lagu raya? Apalah depa ney, awal lg kot! Mood raya takdak lansung, so naik boring pun ada bila dengar lagu raya. Hmm, macam mana lah raya yang akan disambut tahun ney? Tak dapat digambarkan lansung keadaannya.

Sebut pasal raya, teringat baju raya. So, colour apakah yaa tahun ney? Tahun ney family aku takdak theme mcm tahun-tahun sebelum ney, so bebas laa colour apa pun. Aku pulak mintak kat mama nak pakai colour yang sama dgn si dia. Maybe colour grey/silver. Mama pun ikot sama macam aku jugak kot. Eloklah, aku ikot si dia, and mama pulak ikot aku :)

Raya kat mana tahun ney pun taktau. Harap tu dapat laa balik Johor, raya dengan atok kat sana. Hmm ntah laa macam mana.

Bulan Puasa. Dugaan Must Be

Hi!
Hmm bulan-2 puasa semestinya banyak dugaan kan? Biasa lah bulan puasa ney dengan cuacanya panas, kepala pening-2, letih sedia, migrain lah, gastric lah tambah pulak dengan masalah lg. Hmm baru-2 ney timbul masalah t-shirt kelas aku [4 Abu Daud] yang aku incharge. Almost 3 bulan kot tempah, baru sekarang nak siap. Dah siap, ada pulak masalah nya -.- T-shirt lelaki dah siap and just fine, memang aku puas hati sebab size and graphic jadi sebijik mcm yang aku tempah! Alhamdulillah laa, tp yang masalah nya t-shirt perempuan. Printing semua shirt cun jaa, tp size and cutting shirt perempuan tak mcm yg aku tempah. Aku kata t-shirt perempuan dengan lelaki punya printing, size and cutting straight semua sama, cuma lelaki ada collar. Tp kilang pii buat 'cutting perempuan' and so tak straight. So body fit laa! Dah laa jd size kecik and singkat. Adohh, pening aku! Kilang ohh kilang! Dah laa aku buat t-shirt untuk sekolah 'agama', gila kot nak pakai baju body fit -.-

So, inilah kan yang dikata DUGAAN kan? Pening semua ada.
Moral:- As sekarang ney bulan Ramadan so perbanyakkan lah bersabar yaa. Sabar kan separuh daripada iman.
'Hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi biar terjadi, hadapi dengan tenang jiwa, semua kan baik-2 saja' - Hadapi Dengan Senyuman by Dewa 19 :')

He's Not Here With Me. I Understand.

Hi!
Hmm, lately 'si dia' punya phone buat hal. And so kami rarely dapat contact :'( Perasaan aku? Sedih bila tak dapat contact dengan dia. Rindu bila dia tak ada untuk aku. Risau teramat sangat bila taktau keadaan dia. Almost 5 days aku rasa kami tak contact. Ohh! Bagus nya jadi macam ney. Naik tension. Hmm :'(

Baru 5 hari kot, belum berminggu! Berbulan! Bertahun! Hmm. Rasa macam bengang pun ada, tapi aku tak patut kan rasa macam tu? Benda dah nak jadi, apa boleh buat.

Kalau si dia terbaca post ney, then I'm sorry for feeling that way. I do understand that you're having a problem with your phone, but when I'm too missing you, too worry about you then I can easily act like I dont understand every single thing that happend.

Ramadan 2012

Hi!
Esok dah masuk bulan Ramadan! Alhamdulillah, Ramadan tahun ney dapat lg disambut. Semoga diberkati. Amin. #cukup lah takat ney, nak ucap yang tu ja :')

Bad Mood. Unsolve Case!

Hey!
Hmm, hari ney. Ehh, bukan hari ney, tp baru tadi aku start nak 'bad mood'. Whathefuck happend? Hmm, pernah baca post aku 'Fikir Apa Yang Org Lain Rasa? Apa Yang Aku Sendiri Rasa?'. Pernah tak? Kalau tak pernah then terima kasih, sampai hati! *kidding* Kalau pernah baca, then bad mood ney sbb case tu laa.

Aku dgn dia cuma berhubung melalui PM [FB], before ney aku pernah post status aku said "Senang nya hidup hg! Add aku, tanya berdozen-dozen, pastu remove! Cuma aku jaa tak sempat nak cakap 'get the hell out of my life'! Tak sangka pulak peragai hg seteruk tu! FYI, setakat org yg mcm boy hg tuh, aku takdak nak kebuloq ahh! Dia dah cukup bersabaq kot dengan org yg 'ceroi' mcm hg tuh! Dasar 'queen control'!"
Then, si perempuan tu boleh copy status aku tuu and pm balik kat aku! Dia boleh pulak kata "lagu tuh pulak noh perangai hg?".

Ohohoo! Ney apa yang aku reply "laa, yg hg terasa apa? ada aku tag or mention nama hg? siap copy2 lagi status aku ! adoohhh . perasan! hg dok buat terasa lebih2 tu apa hal? awat, hg ingat topic post aku hanya pasal hg sorang jaa ka ? weh, sorry to say okeh ! laa ney , yg hg dok buat tak puas hati ney apa hal? klu dah tak puas hati, ckp teros-terang ar weh !" Then dia reply, dandan lah nak wat cakap baik-baik pulak dengan aku, siap mintak-mintak maaf lg! pergghhh, menyirap siot aku! Tak sedar diri betol! Boleh pulak dok buat ayat pasrah!

Oleh sebab dia dah buat 'baik' lah konon, so aku terpaksa laa guna cara baik jugak. Yelah, si sengal tuu budak F2 jaa. Mak aku kata dia tak cukup akal lg, so mmg buang masa aku jaa lah layan budak tak cukup akal mcm tu! Bila aku dah reply cakap cara baik, dia buat kelaku lain pulak! Boleh dok kata "nak kawan mmg tak salah, tp X wajib tau/kenal seseorang perempuan tuu. perempuan mmg memerlukan lelaki dlm hidup so memiliki lelaki tak salah tp yang salah kalau memiliki lebih dari seorang. apa yang X perasan perangai najihah pentingkan diri sendiri, itu jaa". Ehh, whatthefish! Cakap serupa 'paria' ar lu!

Adoh, manusia mcm ney mmg menguji sungguh keimanan aku! So, buat masa ney aku cuma nak cakap yg ney jaa. "bila aku dah nak stop , ada jaa lg benda yg hg masih nak cakapkan . terima kasih laa banyak2 noh ? kalau dah mcm tu tanggapan hg terhadap aku then aku terima . aku sedar aku ney sapa . tp aku mintak , cukup2 lah hg buat aku terasa . berat sangat kaa salah yg aku buat kat hg sampai hg still nak cakap and cakap and teros buat aku terasa ? apa yg sebenar-benarnya aku dah buat pun aku naik confuse . yang past is past , tp yg sekarang ney nak kata kat aku oleh sebab apa pulak ? klu dgn cara tu boleh buat hg puas hati and bahagia then teros kan lah , but please don't ever disturb my life . thankyou ."

Wahai manusia si budak perempuan yang masih muda dan kurang akal, tolong laa sedar diri sikit. Aku bukan nak menghina, tp ini kenyataannya yaa! Yang dah lepas tuu lepas laa, aku dah kata kan yang aku ney 'sedikit pun takmau dekat si BF hg tuh'. Bila aku kata hg jeles laa, marah laa, hg nak deny and kata kat aku balik. Then bila aku keluarkan kata-kata yang hg rasa kasar then hg persoalankan perangai aku and belagak buat baik pulak? Bila aku cakap dengan sehabis baik, hg mula nak pijak kepala pulak noh? Nak comment and critic yang peragai aku mcm ney laa, mcm tuu lah!

Mcm ney noh peragai hg? Wahh, memang bagus kan akhlak and budi pekerti hg? Sayang nya, hg tak cukup ilmu 'sivik' lg. Sedar-sedar and cermin-cerminkan lah diri hg tuu dulu sebelum hg nak menilai aku. Harap hg akan berubah menjadi seorang perempuan yg cukup umur, berfikiran matang dan cukup ilmu. Sekian sahaja dari aku, terima kasih daun keladi!


Date

Date? Dalam dictionary ada bermaksud ‘pertemuan sosial’.  Date hari ney went fine. Oke as usuall. Cuma this time date ada Eton ikut sekali, oke laa meriah! Eton enjoy, si dia pun enjoy so everything went perfect! Sayangnya, Anim takdak. Next time pulak lah.

Seronok dapat jumpa lg dia hari ney, dapat spend time hangout sekali. Date kami macam biasa lah, pergi makan, karoks and round Kangar. Banyak masa habis kat karoks. Time makan seronok sangat as we all get to shared about our school. Yelah, aku budak Sastera and Pd, Eton budak account and si dia budak Science. So banyak lah benda yang kami borak macam pelajaran, sekolah masing-masing, kawan-kawan and so on. Eton pulak cerita memang lawak sampai sakit perut aku ketawa.

Time karoks memang enjoy, as Eton pun sporting and she had a great time with us. Good for her as she was happy and enjoy! Aku dengan si dia memang just fine, nak karoks pun tak segan sangat. Kitaorg open laa. Dia nyanyi oke, aku nyanyi pun dia oke, paling oke time duet. Heee :’D I’m glad that he enjoyed today! He seemed happy, sure as he had a great time!

Walaupun kebanyakkan duit sudah pun aku habis kan hari ney, tapi aku tak kisah laa. Duit boleh dicari, kenangan manis susah nak dirasai kan? Hee :’D
Aku memang happy and enjoy lah hari ney as I get to spend time with him and our friend, I’m glad! So, thanks a lot to him and Eton for today, hope that we’ll get a chance next time to hangout again! Thank you, LOL <3

My Mom ROCKS !

Situasion time breakfast.

Aku : Mama, mama! Hmm, besok boleh tak kakak  nak keluar pi Kangar? Eton ajak hangout before bulan Ramadan, beside kakak nak jumpa ‘kawan’ kakak tu sama [she know who I mean]. Boleh tak mama?

Mama : [diam saja]. Hmm, pi laa. Ada duit jalan.

Aku : [terdiam]. Hmm, mama lend kan lah dulu. Nah?

Mama : Mama takdak cash.

Aku : Alaaa, boleh laa mama?

Mama : Hmm, tunggu tengahari satg!

Aku : [wondering] Hmm, yelah.

Mama : Dah, jum pi dapur. Masak. Oke, hari ney kakak masak sotong macam kelmarin.

Aku : Yelah mama. [dalam hati terpikir nak tanya lagi pasal nak hangout and duit, tp sebab tak nak potong mood, so aku diamkan dulu].

*Suddenly.

Mama : Dalam pukul 2 ptg satg, kita pi bank.

Aku : [senyum sampai ke telinga] Oke mama!

See, that’s why I tell you that my mom’s ROCKS! Bukan hanya sebab dia bagi permission untuk hangout and duit. Tapi dia memang seorang mama yang memahami, once in a while dia mesti akan bagi aku keluar as I wish sebab dia tahu aku pun nak jugak keluar hangout dengan kawan-kawan and BF’.

Betapa baiknya hati budi mama, betapa memahaminya mama, betapa bertolak ansurnya mama. Walaupun ada masa dia tak akan izinkan, walaupun ada masa dia tak nak bertolak ansur, walaupun ada masa dia pretending tak memahami, tp semua tu mesti ada sebab dia yang tersendiri kan. So, whatever it is my mom is the best ever! She rocks my world! I love you mama!

Lots Of  Love,
Tae Ya!

Fikir Apa Orang Lain Rasa? Apa Yang Aku Sendiri Rasa?

Hi!
Hmm, dunia sekarang ney, sering jaa kena fikir pasal apa yang orang lain rasa kan? Dah laa kena fikir, kena jaga lagi perasaan orang lain tu. Habis kalau aku asyik sibuk nak fikir and jaga perasaan orang lain, perasaan aku sendiri bila masa nya aku nak fikir and jaga pulak? Ada orang lain tu nak fikir and jaga? Memang tak lah kan, perasaan dia sendiri pun aku balik nak kena fikir and jaga.

Haihh! Lately, ada pulak seseorang yang rasa macam aku nak ambik BF dia. Err, do I look that desperate? Sorry to say oke! I'm none of your type! Kalau seseorang yang berfikiran 'kolot' tu ada terbaca posting aku ney, then baca elok-elok oke! Eja bagi betul-betul tau!

Kalau setakat BF hg tu, tak payah laa nak susah hati sangat. Aku rasa bukan aku jaa kot yang dia layan macam tu, ramai lagi apa perempuan simpanan dia! Hg tu jaa yang sengal sangat sampai tak sedar-sedar. Aku ney, taklah se'desperete hg sampai nak kenakan orang lain guna FB BF sendiri. And mau boleh interview aku, tanya mau tak mau sampai berdozen. Bg hg seronok kot noh?

Ada kaa aku kacau hg? Takdak oke! So cukup-cukup laa kacau hidup aku. Aku tak merayu pun ney, cuma nak pesan jaa. Jangan sampai aku pulak yang kacau hidup hg, kot tak senang duduk pulak nah! Jangan kata kacau hg, BF hg pun aku tak kacau aihh! Aku sikit pun tak 'kebuloq'! FYI, BF hg tu yang gedik dengan aku. And untuk pengetahuan hg lagi, kalau BF hg contact aku pun, topic yang dia selalu nak cerita semua nya pasal hg! Hg tu lah, hg ney lah. Pasai apa? Pasai perangai hg yang tak elok tu lah. Dah 'queen control' tu, tak reti-reti lagi nak berubah!

Btw, untuk pengetahuan hg lagi. Aku ney sikit pun laa TAK 'kebuloq' or teringin kat BF hg tu. Aku sendiri ada BF, and for sure aku takkan tinggalkan BF aku untuk someone yang macam BF hg tu nah! Faham-faham lah, aku pun ada BF, bukan nya hg sorang jaa yang ada, aku sayang BF aku and aku takkan tinggalkan dia. And so aku takkan rampas lah BF hg tu! Tak kuasa oke! So untuk hampa orang yang cukup bijak-pandai, sudah-sudah lah hg dengan BF hg tu kacau hidup aku, get the hell out of my life!

Sastera. Ohh! Sastera.

Hi!
Title hari ney 'Sastera. Ohh! Sastera.' So, bercakap tentang Sastera, ada sapa-sapa yang taktau lansung tentang 'Kesusasteraan Melayu'? Dekat sekolah, aku belajar aliran 'Sastera & Perdagangan'. Bukan nya nak buat bangga. Okeh? Cuma saja nak bercerita. Bagi orang yang kurang pengetahuan [macam aku] tentang Sastera, memang fikir yang Sastera ney susah. Kan? Sebenarnya aku baru saja sedar, yang Sastera ney tak susah mana pun cuma complicated. Complicated macam mana? Sastera tak perlu berfikir banyak pun, tapi tahap pengingatan yang banyak. Senang kata, banyak hafal lah. Tapi hafal apa?

Okeh, dalam sastera kena banyak baca NOVEL. Memang banyak tersangat lah bagi org yang tak minat novel and membaca, mcm aku! So, bila dah kena baca, kena pulak ingat jalan cerita. Bukan jalan cerita saja nah? Kena jugak tau sinopsis cerita, tema dan persoalan cerita, watak dan perwatakan dalam cerita, plot, latar cerita, gaya bahasa, nilai dan pengajaran serta sudut pandangan cerita. Kalau 1 novel jaa, gagah lah lagi nak baca and ingat. Tapi tahun ney saja, dapat lebih kurang 5-6 novel. So, mampus![hiperbola sikit].

Dari segi nota pulak, memang banyak tersangat lah. Huhh. Penat nak tulis. Boleh tercabut tangan tau tak?[hiperbola lagi!]. Tapi, to be honest aku tak buat pun nota sebenarnya. Dah tak buat, mesti lah takut kan? Takut cikgu marah. Aku ney kalau nak kata tak takut memang menbohong sangat lah, sebab cikgu yang ajar Sastera kat sekolah tuu, semua students takut dengan dia. Kenapa? Mestilah sebab dia garang! Kalau kena marah dengan dia, hampir kena stroke.[hiperbola sungguh!]. Tapi, garang-garang cikgu tu, dia seorang yang baik. Cikgu garang sebab dia sayangkan kita kan? Sebab dia nak kita berjaya, kan? Cuma kita [mungkin aku jaa kot] yang tak reti nak sedar -.- Terok! Terok! Btw, terima kasih lah banyak-banyak cikgu kerana mengajar saya. 'Jasamu akan ku kenang'. Insyaallah. :'D

Exam macam mana? Score Sastera aku jangan tanya lah. Bukan nya terok sangat, tapi boleh laa. Lulus. Masa exam, pagi-pagi hari boleh dikatakan hampir semua pelajar kelihatan 'pulun' menghafal nota-nota Sastera. Banyak sangat kot. Kira penuh laa memory otak hafal Sastera punya pasal, ada yang sampai jammed, sebab overload -.- Aku pulak jenis last minute. Bukan apa, bila baca awal-awal bukan nak lekat dalam otak pun, buang masa jaa. So pagi-pagi hari nak exam baru nak baca. Terok kan? Tapi tak kesah lah, sebab ramai lagi yang macam tuu!

Bagi aku, kata-kata Sastera ney seronok. Menarik! Cuma belajar jaa lah kureng sikit seronok, sebab complicated sikit. Otak pulak malas -.- Tapi kira oke lah dari aku ambik aliran Sains. Kalau aku ambik aliran Sains macam mana? Comfirm, punah lah hidup aku. Sapa yang belajar aliran Sains tuu, tahniah laa sebab berjaya melaluinya. Anda semestinya pandai! So kalau aku berbahasa Sastera, jangan dok buat pelik nah? Sebab aku budak Sastera, and aku minat :')

30 Sebab Kenapa Aku Sayangg Dia

30 Sebab Kenapa Aku Sayangg Dia :-

1.  Aku suka dia
2.  Dia buat aku jatuh cinta kat dia [almost setiap hari]
3.  Dia pandai ambik hati aku
4.  Dia sayangg aku
5.  Dia cinta aku
6.  Dia jaga perasaan aku
7.  Dia terima aku seadanya
8.  Dia percayakan aku
9.  Dia memahami aku
10. Dia kenal sangat diri aku macam mana [bila takdak mood, period, etc]
11. Dia open-minded
12. Dia manja
13. Dia caring [sangat-sangat lah]
14. Dia selalu sweet
15. Dia bertanggungjawab
16. Dia tahan dengan aku [selalu saja mengalah, walaupun aku yang salah]
17. Dia selalu ada [time suka dan duka]
18. Dia selalu buat aku happy [sorang-sorang pun boleh senyum and ketawa]
19. Sedih macam mana pun aku, bila jumpa saja dia, hilang semua kesedihan tuu
20. Dia selalu ada untuk aku
21. Dia sudi mendengar semua kisah pahit dan manis hidup aku
22. Dia setia tunggu aku
23. Dia ada banyak similiar dengan aku [minat, cara, etc]
24. Dia tak pernah missed untuk contact aku [texting setiap hari]
25. Dia dah macam diary hati aku
26. Dia pegang pada janji
27. Dia tak kedekut ilmu [dia ajar aku Math masa nak ambik PMR, and aku pass!]
28. Kami selalu saja rindu each other [24/7]
29. Aku perlu dia
30. Aku memang betul sayangg dia [sebab paling penting]

Cerita Kami

Hi !
Actually aku taktau nak post pasal apa ney, otak dah kering idea. Lagipun dekat otak aku ney bukan nya ada apa sangat, cuma pelajaran yang aku serba-serbi tau [cehh], perkara penting yang belum selesai or any masalah, dan yang paling penting ada Si Dia [yang tak pernah terkeluar dari pemikiran aku]. So, terlintas pulak nak cerita pasal kami.

Dia, ntah laa macam mana dia buat sampai aku boleh JATUH! Maksud aku, jatuh cinta nah? Bukan jatuh longkang. Aku boleh kenal dia masa F2, tuu pun sebab masing2 jadi 'perfect sekolah' and satu class, kalau tidak aku tak pernah sedar pun tentang kewujudan dia kat sekolah tu. Dalam class F2, sit dia depan aku jaa. Tapi kami lansung tak rapat, sekadar kenal nama and rupa. Kami bersembang pun mungkin lebih kurang 15-20 kali jaa kot dalam tahun tu.

Then, masa F3. Kami masing2 tak jadi pulak 'perfect sekolah', besa lah aku ney bukan nya baik sangat, buat masalah jaa. Masa F3, class asing-asing. Students lelaki class A, students perempuan class B, and untuk class C pulak campur students laki-perempuan. Dia class A, and aku class B. Masa awal tahun F3, aku memang tak peduli lansung pasal students lelaki sekeliling. Aku kan jadi student biasa balik, so take time laa untuk get used. Then dalam bulan 3, ada student kata dia mintak numb aku. Start masa tu, baru lah aku buka mata hati untuk 'usha' students lelaki sekeliling and perasan lah dia nya yang mana satu. Aku kasi numb aku, and kami start texting. Lebih kurang 2 minggu perkenalan and berkawan, di awal bulan April, dia mintak couple. Pada 9th April 2011, kami officially couple. Since that, berita tentang kami makin panas and tersebar luas 1 sekolah. Huhh, memang tidak disangka. Date kami? Memang tak terkira lah, setiap hari.

*Skip.

Masuk saja tahun 2012, sedar tak sedar kami pun dah F4. Kami dapat class sekali, ohh memang baguslah! Awal bulan January memang berjalan dengan lancar, tapi kemudian keluar 1 berita dari mulut dia yang tidak menyenangkan aku. Dia buat  keputusan untuk pindah sekolah. Oleh kerana dia dapat result yang baik [PMR] then dia nak berhijrah ke sekolah baru, yang jauh lebih baik. Hati and perasaan perempuan mana yang oke saja kalau ditinggalkan, kan? So, memang berat sangat lah untuk aku terima keputusan dia, tapi sebab aku sayangg dia so aku nak yang terbaik untuk dia maka aku relakan jugak lah. Betapa sedihnya aku masa tu, aku tak terkata apa and otak pun fikir tak menentu. Dia yang buat keputusan and aku tak ada hak pun nak larang. Beside, itu untuk kebaikan and masa depan dia jugak. Kan?

Sekarang, dia dah pindah. Bagi dia, sekolah baru, persekitaran baru, kawan-kawan baru, cikgu-cikgu baru, cuma GF jaa kot belum bertukar baru. Hee, baguslah kan macam tu! Bagi aku, agak berbeza laa dengan ketiadaan dia. Exam merosot, belajar makin banyak main, kurang tumpuan. Tapi itu semua bukan sebab dia, aku ney yang bermasalah. Kenapa? Janganlah tanya, aku sendiri taktau sebabnya. Bila kami masing-masing free, ada lah jugak chance nak berjumpa and hangout sama-sama. Nasib lah boleh lagi berjumpa, kalau tidak taktau lah macam mana dengan relationship kami.


So syukur, sampai lah sekarang ney, hari ney, waktu, masa dan saat ney, kami still couple. Relationship kami tak pernah lagi berubah, still sama dengan harapan dapat kekal. Hee, setakat ini saja lah aku ceritakan 'Cerita Kami'.

3 hari dalam 1 hari? Apa pulak lah ney.

Hi .

Hmm hari ney nak story-morry pasal '3 hari dalam 1 hari' . Apa tuh ? Oke FYI , hari ney dekat sekolah ada sambutan 'Hari Kecemerlangan + Hari Kantin + Hari Kokurikulum' . Haa , banyak kan ? Btw , 'congrats' lah kepada yg berjaya menerima anugerah , bestie aku [Anim] and bg yang tak berjaya [macam aku] tidak mengapa lah , next year boleh cuba lagi kan . Insyaallah .

Err , 'SEDIH TU BOLEH JADI TANDA KEGEMBIRAAN KAN ?' Hmm . Izinkan aku mulakan story yaa .

Pagi-pagi hari , semua students kena berada dalam dewan , aku duduk dengan kawan aku . Kami duduk berdekatan dengan bahagian tingkap and pintu dewan , besa lah , senang nak keluar-masuk and meng'usha orang sekeliling . Then nampak lah one guy ney [dari sekolah lain , tp dia bekas budak sekolah aku] jalan masuk sekolah dengan seorang wanita . Dia datang sekolah aku sebab dia dapat 'Anugerah Pelajar Terbaik PMR 2011' , aku sendiri tak dapat . Hee , score dengan ranking pun terok ! Ada hati nak nak terima anugerah , kan ? Btw , Tahniah lah kepada dia :')

Gee ! Aku sudah mula shiverring . Kawan aku pegang erat tangan aku . Jantung pulak rasa macam nak explode pun ada . Makin lama , budak tuu makin dekat menghampiri dewan . Makin kuat pulak aku shiverring , kenapa entah rasa takut sangat tengok budak tuu . Makin aku takut , makin aku ketar , makin aku tersenyum  , makin aku takot , makin jugak mata aku berair . Hmm . Teruk kan aku ? This is getting weird for me .

Then , aku nampak budak tuu berada di luar kawasan dewan . Dalam keadaan mata berair , badan terketar , muka pun mau boleh senyum , naik cramb :'D Aku perhati jaa dia , tapi bila dia toleh , aku mengundur supaya dia tak nampak aku . Err . After 5 minutes later , aku nampak dia masuk dewan melalui pintu belakang . Kebetulan pulak , kawan aku ajak aku keluar and 'Yess ! peluang untuk escape dari dewan !' kami terus 'chaww' . Bye dewan . hee :'D

Keluar saja dari dewan , kami teros pi dekat family kawan aku tu and ambik adik dia untuk pertandingan mewarna yang tak mendapat sambutan pun . Sorry to say peeps , ini kenyataan . Oke then , aku tergerak hati nak tengok phone . Check ada 1 text dari budak td tuu . Text tuu tertulis 'Oitt , syg ada mana ?' Hee . Aku teros reply , then aku pusing jaa nampak budak tuu dah ada kat belakang aku . Err . Terperanjat kot . Haihh -.-
Masa tuu , mulut dah tak terkata apa . Hati macam tak berdegup pun ada . Aku cuma tengok jaa dia menghampiri tanpa sebarang kata . Ohh , perasaan ! Perasaan !

Dah agak lama sebenarnya aku tak jumpa dengan dia , nak buat macam mana kan dah takdak rezeki kami nak boleh berjumpa . So sebab tuu lah yang aku nervous sangat tak menentu . Aku ney yang rindu tahap gaban dekat dia , at last dapat jugak jumpa dia kat sekolah hari ney . Alhamdulillah . Since that , kami sembang macam biasa jaa . Ohh . Gembira nya aku tak terkata ! Yang awal pagi tuu mata aku berair [teriak actually] mau tak mau hanya sebab terkejut , puas hati sebab dapat jugak tengok dia . Syukur lah , dapat tengok dia pun dah memadai untuk aku . Ini kan pulak dapat jumpa face-face , sembang , lagi lah syukur :')

Selepas jaa tamat pertemuan kami , kami masing-masing kena balik ke dewan semula . Aku kena tolong senior F5 dengan persembahan sketsa and dia pulak kena tunggu turn untuk terima anugerah . Skip . Lepas jaa dia dapat anugerah , mak dia teros keluar dewan as diorang kena balik . Aku cuma perhati jaa dari jarak dekat . Aku teros pi kantin sekolah dengan kawan-kawan and dia pulak pi dengan mak dia . Dah taktau sangat nak beli apa , aku pun blah dari kantin . 'Membawa diri dengan hati yang lara seorang diri' . Hee . Bersastera pulak :'D

Then aku dengar org panggil nama aku , elok aku toleh nampak dia ikot aku dari belakang . Dia kata nak jumpa , sekali lagi sebelum balik . I just said 'oke , tunggu kat sana' . Aku teros lari cari kawan aku , besa lah kena ada peneman :') Kami teros pi block belakang . And once again , syukur sangat sebab dapat lg jumpa dia . Kami sembang lah kejap , as dia pun nak cepat . So , aku lepas kan lah dia pii walaupun hati tak rela . Hee , awat lah jiwang karat sangat hati aku ney ?! -.-

So , the end of the story and the day .

P/S. [kepada Si Dia] : Terima kasih yang tidak terhingga kerana menghadirkan diri , berjumpa saya , luangkan masa , penglepasan rindu , gelak tawa dan sebagainya . Terima kasih untuk segalanya . #I love you so .

Ini Belogg Baru Aku :']

Hi . Assalammualaikum .

Hari ney first day and first time post untuk blog ney . Semalam , hanya sebab nak delete blog aku yang lama , aku deleted teros whole account google aku . So starting hari ney pulak , berazam nak update blog baru . All the best lah yaa untuk aku . THANK YOU .

Actually , aku takdak idea ney nak update apa untuk first posting ney . So mengarut sahaja lah aku ney .
Hmm . What else ntah . Ohh yaa , aku nak edited layout blog ney , tapi tak lepas-lepas lagi . Biasa lah , budak baru belajar nama pun . Blur otak tak reti nak buat =.=
Nak mintak tolong sama sapa ntah .

Hmm . Oke lah . That's all for now . Otak dah out of idea beside busy fikir nak buat blog sampai berjaya . Err . Bye .


[960802-02-XX94]