Sedikit Perkongsian. #Part 3

Assalammualaikum.
Okay, aku takmau ulas panjang-panjang sebab dah memang sah post ini PART 3. Kita sambung membaca lagi yaa.

Soalan: Pahala bagi Perempuan?

Jawapan: Wanita  yang tidak ada suami sama ada sudah menjadi janda masih belum bersuami perlu memperbanyakkan membuat baik kepada kaum keluarga dan sanak saudara.

Buat baik kepada kaum keluarga dan sanak saudara ini adalah sifat terpuji di sisi syarak. Dalam hadis-hadis yang sohih menyebut di akhirat nanti akan dikurniakan kepadanya kebaikan yang tidak terhingga.

Sama ada bersamaan dengan pahala wanita yang bersuami atau tidak, tidak menjadi soal kerana apabila disebut balasan yang tidak terhingga membawa maksud pahala yang cukup banyak.

Section al-Quran dan Hadis;

Soalan: Hukum Terkentut Sewaktu Membaca al-Quran?

Jawapan: Jika sedang membaca al-Quran kemudian terkentut, maka teruskan bacaan itu dengan tidak memegang al-Quran. Orang yang tidak ada wuduk hanya dilarang memegang al-Quran tetapi tidak dilarang membacanya.

Soalan: Wanita Yang Memotong Badannya Sendiri?

Jawapan: "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana dia memperkenalkan dirinya kepada orang lain."

Apa yang dimaksudkan dari hadis di atas ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Oleh itu seseorang wanita perlu menjauhi untuk meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat atau berhias cantik di dalam Internet sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwah.

Soalan: Hukum Wanita Membaca al-Quran?

Jawapan: Hukum wanita memperdengarkan bacaan al-Quran kepada lelaki yang bukan mahramnya ada waktunya dan hukumnya adalah harus dan ada waktunya dilarang.

Contoh harus itu adalah  seorang wanita membaca al-Quran dihadapan guru lelaki dengan tujuan belajar.

Contoh yang dilarang pula ialah membaca dalam musabaqah (pertandingan) al-Quran seperti yang berlaku masa kini.

Apabila diketahui hukumnya sepeti dua contoh di atas, maka tidak harus lelaki sengaja mendengar suara wanita ajnabiyah (bukan mahram) membaca al-Quran.

Soalan: Hukum Membaca Ayat al-Quran di dalam Tandas?

Jawapan: Apa yang dilarang oleh sarjana Islam di dalam kitab-kitab mereka ialah membaca al-Quran atau zikir-zikir di tempat yang tidak layak seperti tandas atau seumpamanya. Maksud membaca di sini ialah menyebutnya pada lidah. Membaca di dalam hati tidak dilarang. Begitu juga jika perbuatan itu tidak disengajakan.

Leave a Reply