Sedikit Perkongsian. #Part 6

Assalamualaikkum.
Dah berapa hari dah ni aku tak update. Hari ni aku sambung lagi yaa dengan posting "Sedikit Perkongsian" #Part 6 pulak.

Section Isu Semasa;


Soalan: Hukum Menonton di Pawagam?

Jawapan: Hukum tengok wayang bergantung atas kandungan cerita yang ditayangkan. Jika jalan ceritanya tidak ada adegan yang haram dilihat, maka harus menontonnya. Jika ceritanya haram, maka haram menontonnya.

Soalan: Adab Memakai Cincin?

Jawapan: Apa yang disebut oleh sarjana Islam muktabar, adalah disunatkan memakai cincin pada jari manis dan jari kelingking sahaja. Ini mengikut perbuatan Nabi Muhammad sebagai mana yang direkodkan dalam beberapa hadis yang sahih antaranya hadis rekod Imam Tirmizi dan Imam Ahmad.

Memakai cincin pada jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari hukumnya adalah makruh.

Soalan: Doktor Lelaki Menyambut Bayi?

Jawapan: Harus hukumnya menggunakan doktor lelaki ketika melahirkan anak dengan syarat tiada doktor wanita dan ditemani oleh mahram wanita itu ketika melahirkan bayinya.

Soalan: Mengumpat Orang Bukan Islam?

Jawapan: Menurut pendapat sarjana Islam, tidak berdosa mengumpat kerana mereka bukan saudara seagama. Ini kerana Nabi Muhammad berkata yang maksudnya:

"Mengumpat itu ialah engkau menyebut tentang saudaramu yang mana perkara itu ia benci jika diketahuinya."

Maksud saudaramu dalam hadis ini adalah saudara yang sama beragama Islam.

Soalan: Pelajar Ponteng?

Jawapan: Jika pelajar dibiayai oleh ibu bapanya maka haram ia ponteng sekolah atau ponteng kelas kerana dia mengkhianati kepercayaan dan pengorbanan ibu bapanya sendiri.

Tetapi jika dia sendiri yang membiayai pelajarannya itu, maka perbuatan ponteng itu tidak haram cuma ia tergolong dalam satu tindakan yang bodoh sahaja.

Soalan: Orang Bukan Islam Melafazkan Tasbih?

Jawapan: Tidak mengapa "Insyaallah", "Alhamdulillah" dan sebagainya disebut oleh orang bukan Islam selagi bukan bertujuan mempersenda. Adapun jika dengan tujuan mempersedakan atau menghina maka wajib atas orang Islam yang memerintah di dalam negeri itu melarangnya dan jika berdegil maka boleh dikenakan hukuman.

Soalan: Wanita Terlanjur?

Jawapan: Si lelaki perlu bertanggungjawab dengan perbuatannya itu dan mengambil wanita itu sebagai isterinya.

Manakala perempuan ini tidak boleh memaksa lelaki tersebut berkahwin dengannya.

Apabila si lelaki enggan atau menangguhkan niat mengambilnya sebagai isteri, maka jelas dia ingin lari dari bertanggungjawab.

Tidak ada apa boleh dilakukan oleh perempuan tersebut selain bertaubat kepada Allah memohon diampunkan dosa dan memohon petunjuk. Berdoa dan mohon agar Allah membuka pintu hati lelaki tersebut agar timbul rasa bertanggungjawab dengan perbuatannya itu dan memohon Allah memudahkan urusan mereka berdua.

Soalan: Hukum Rotan?

Jawapan: Sarjana Islam menetapkan apabila memukul penzina yang dikenakan hudud 100 pukulan adalah dengan pemukul yang tidak membunuh seperti rotan atau kayu atau seumpamanya.

Rotan itu tidak besar sehingga boleh mematahkan tulang dan tidak halus sehingga boleh melukakan.

Haram memukul kawasan muka dan kemaluan. Ini adalah untuk mengelakkan kecacatan wajah dan kematian.

Pukulan perlu sederhana sahaja iaitu tidak kuat dan tidak terlalu perlahan. Tujuan hudud ini bukan untuk membunuh tetapi untuk memberi keinsafan kepada pesalah. Cara hukum rotan di penjara sekarang ini adalah haram kerana terlalu kuat sehingga mengoyakkan kulit dan daging.

Pesalah dikenakan hukuman dalam keadaan sempurna berpakaian. Haram menelanjangkan pesalah sebagaimana hukuman rotan dalam penjara sekarang ini.

Pesalah lelaki dalam keadaan berdiri manakala pesalah wanita dalam keadaan duduk.

Pukulan dikenakan atas beberapa tempat pada badan. Haram memukul pada tempat yang sama.

Leave a Reply