Sedikit Perkongsian. #Part 4

Assalammualaikum.
Kita sambung lagi ya perkongsian ini. Shall we? Okay, here's the part 4 :)

Section Halal Haram;

Soalan: Hukum Wanita Memakai Wangian?

Jawapan: Masalah wanita memakai wangian itu ada beberapa hukum.

Jika dipakai keluar rumah maka hendaklah dengan wangian yang tidak kuat baunya (wangian yang tidak dapat dihidu oleh orang ramai). Melainkan apabila dihidu pada tempat yang diletakkan wangian itu baru dapat dihidu baunya.

Wangian yang kuat sehingga orang sekelilingnya dapat mencium wangian itu dengan hanya lalu sahaja dihadapannya, maka hukumnya adalah haram.

Jika dipakai di dalam rumah maka tiada larangan dengan wangian yang kuat baunya. Jika disuruh oleh suaminya, maka menjadi wajib si isteri memakai wangian tersebut.

Soalan: Hukum Memakai (braces) Gigi?

 Jawapan: Sesetengah sarjana fikah mengharuskan memakainya jika alat tersebut di pakai dengan tujuan membetulkan kecacatan seperti gigi yang tidak rata atau terlebih keluar (jongang), dan tidak dinamakan mengubah ciptaan Allah.

Tetapi, jika memakai alat tersebut dengan tujuan menambahkan lagi kecantikkan gigi yang sedia elok, maka hukumnya adalah dilarang sebagaimana yang disebut oleh beberapa orang sarjana Islam tersohor.

Soalan: Lelaki Berinai?

Jawapan: Setakat yang saya (Ustaz Azhar Idrus) tahu haram bagi kaum lelaki memakai inai sekalipun kerana berkahwin.

Inai adalah setengah dari perhiasan yang tertentu untuk kaum wanita. Oleh kerana itu, lelaki dilarang memakainya kerana terdapat hadis sahih yang melaknat kaum lelaki memakai perhiasan kaum wanita.

Soalan: Hukum Pergi ke Rumah Kawan Perempuan Pada Hari Raya?

Jawapan: Perempuan itu perlu ditemani oleh mahramnya yang dewasa dan tidak boleh duduk berdekatan sehingga boleh mendatangkan fitnah jika dilihat orang.

Soalan: Mendengar Ceramah Perempuan?

Jawapan: Kaum wanita hanya boleh menjadi guru bagi kaum wanita. Namun ia dibolehkan sekiranya tiada kaum lelaki yang mempunyai ilmu-ilmu yang dimiliki oleh guru wanita tersebut. Guru wanita hanya diharuskan mengajar pelajar lelaki yang masih kanak-kanak.

Manakala, pensyarah wanita yang tidak menutup aurat adalah berdosa kepada Allah dan pelajar-pelajar lelaki perlu menundukkan pandangannya dari melihat aurat tersebut.


Leave a Reply