Sastera. Ohh! Sastera.

Hi!
Title hari ney 'Sastera. Ohh! Sastera.' So, bercakap tentang Sastera, ada sapa-sapa yang taktau lansung tentang 'Kesusasteraan Melayu'? Dekat sekolah, aku belajar aliran 'Sastera & Perdagangan'. Bukan nya nak buat bangga. Okeh? Cuma saja nak bercerita. Bagi orang yang kurang pengetahuan [macam aku] tentang Sastera, memang fikir yang Sastera ney susah. Kan? Sebenarnya aku baru saja sedar, yang Sastera ney tak susah mana pun cuma complicated. Complicated macam mana? Sastera tak perlu berfikir banyak pun, tapi tahap pengingatan yang banyak. Senang kata, banyak hafal lah. Tapi hafal apa?

Okeh, dalam sastera kena banyak baca NOVEL. Memang banyak tersangat lah bagi org yang tak minat novel and membaca, mcm aku! So, bila dah kena baca, kena pulak ingat jalan cerita. Bukan jalan cerita saja nah? Kena jugak tau sinopsis cerita, tema dan persoalan cerita, watak dan perwatakan dalam cerita, plot, latar cerita, gaya bahasa, nilai dan pengajaran serta sudut pandangan cerita. Kalau 1 novel jaa, gagah lah lagi nak baca and ingat. Tapi tahun ney saja, dapat lebih kurang 5-6 novel. So, mampus![hiperbola sikit].

Dari segi nota pulak, memang banyak tersangat lah. Huhh. Penat nak tulis. Boleh tercabut tangan tau tak?[hiperbola lagi!]. Tapi, to be honest aku tak buat pun nota sebenarnya. Dah tak buat, mesti lah takut kan? Takut cikgu marah. Aku ney kalau nak kata tak takut memang menbohong sangat lah, sebab cikgu yang ajar Sastera kat sekolah tuu, semua students takut dengan dia. Kenapa? Mestilah sebab dia garang! Kalau kena marah dengan dia, hampir kena stroke.[hiperbola sungguh!]. Tapi, garang-garang cikgu tu, dia seorang yang baik. Cikgu garang sebab dia sayangkan kita kan? Sebab dia nak kita berjaya, kan? Cuma kita [mungkin aku jaa kot] yang tak reti nak sedar -.- Terok! Terok! Btw, terima kasih lah banyak-banyak cikgu kerana mengajar saya. 'Jasamu akan ku kenang'. Insyaallah. :'D

Exam macam mana? Score Sastera aku jangan tanya lah. Bukan nya terok sangat, tapi boleh laa. Lulus. Masa exam, pagi-pagi hari boleh dikatakan hampir semua pelajar kelihatan 'pulun' menghafal nota-nota Sastera. Banyak sangat kot. Kira penuh laa memory otak hafal Sastera punya pasal, ada yang sampai jammed, sebab overload -.- Aku pulak jenis last minute. Bukan apa, bila baca awal-awal bukan nak lekat dalam otak pun, buang masa jaa. So pagi-pagi hari nak exam baru nak baca. Terok kan? Tapi tak kesah lah, sebab ramai lagi yang macam tuu!

Bagi aku, kata-kata Sastera ney seronok. Menarik! Cuma belajar jaa lah kureng sikit seronok, sebab complicated sikit. Otak pulak malas -.- Tapi kira oke lah dari aku ambik aliran Sains. Kalau aku ambik aliran Sains macam mana? Comfirm, punah lah hidup aku. Sapa yang belajar aliran Sains tuu, tahniah laa sebab berjaya melaluinya. Anda semestinya pandai! So kalau aku berbahasa Sastera, jangan dok buat pelik nah? Sebab aku budak Sastera, and aku minat :')

Leave a Reply